ME AMOR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label tepian lorong itu. Show all posts
Showing posts with label tepian lorong itu. Show all posts

14 January 2012

kawan terbaik ;)





kau kawan terbaik yang aku ada. kau kawan susah senang aku. kau kawan suka duka aku. bila mana aku sedih, kecewa, kau ada untuk aku. kau sudi luangkan masa kau untuk aku. kau kawan terbaik yang aku ada. bila mana masalah x dapat aku selesaikan, kau ada di sisi aku. kita jauh. beratus kilometer. aku di sini, kau di sana. tetap kau kawan terbaik yang aku ada.

kawan, terima kasih sudi luangkan telinga, mata, hati, segalanya milik kau di saat aku kesusahan. di saat aku ditimpa masalah dan dugaan yang maha hebat. disaat aku terduduk dengan masalah yang aku hadapi, kau sudi menyapa aku lagi. kau sudi mendengar bicara aku, kau sudi meringankan beban aku. sesungguhnya, kau kawan sejati aku. walau kita sudah lama tidak bersua muka. walau kita sudah lama tidak jumpa.

kawan, sungguh aku malu dengan diri aku sendiri. sungguh aku malu nak berhadapan dengan kau. sungguh aku tak tahu apa penerimaan kau. saat itu, saat air mata menyembah bumi, kau ada untuk dengar segala masalah aku. biar sekadar di facebook. aku tetap rasa seperti kau ada. 

terima kasih ya Allah kerana seorang kawan yang sangat baik terhadap aku. yang mengambil berat terhadap aku di saat aku diuji olehMu. terima kasih ya Allah mengurniakan aku seorang sahabat yang sentiasa menyokong aku, membantu aku dengan kata semangatnya ya Allah.

ya Allah, kau peliharalah kawanku ya Allah, kau peliharalah akidahnya supaya dia menjadi  seorang wanita yang solehah ya Allah. semoga dia menjadi anak yang akan mengharumkan nama keluarganya dengan kejayaannya ya Allah. ya Allah, kau jauhkanlah dia dari manusia yang bertopengkan syaitan ya Allah tuhan sekalian alam.

kawanku, terima kasih sebab ada untuk aku disaat aku jatuh. terima kasih jadi penguatku di saat aku mulai lemah. kawanku, sesungguhnya kau lah kawan terbaik yang aku ada. tak mungkin dapat dicari ganti. terima kasih untuk semua yang telah kau berikan kepada aku. semoga tuhan membalas segala jasa baik mu ke atas ku. amin.



saat aku mulai bangkit, rumah sewa, 12.33a.m.

07 January 2012

mulut bisa

pernah dengar penyakit mulut bisa?
inginkan penyelesaian?
ON MULBIS dan hantarkan ke 32999.
#ok not funny


aku ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang bermulut bisa. ke aku je rase?
aku cakap macam tu pon bersebab. antaranya ialah :

  • aku x ramai kawan #forever alone
  • dah berape ramai manusia sentap dengan aku.
  • dah brape ramai manusia xnak bercakap dengan aku.
  • dalam bilik dari 3 orang tiba-tiba jadi 2 orang. #peace rumate :D#
  • bla bla bla dan banyak lagi lah sebabnye pun.

buat pengetahuan sumorang, aku ni jenis bangse mulut xde penapis. insurans langsung la xdak. ape bende aku x puas hati aku cakap jer. aku x suka cakap belakang. tapi banyak jugak aku cakap belakang. acane tu?

aku x suka simpan ketidakpuasan hatiku itu. cegampang pulak ayat ini. dan aku juga suka mencaruts. fine bukan la suka tapi dah terbiasa. kalau oink oink tu memang x lekang dari mulut. acane nak kawen nie? #motip?

kadang-kadang terfikir jugak la betapa jahatnye mulut aku nie. cakap memang bangse x pedulik perasaan orang dah. main tala je. kadang-kadang jugak aku suka menegakkan benang yang basah. ramai dah fakap dengan aku nie. muahahaha. ce pikir kan boleh tegakkan benang yang basah tapi dengan cara pegang benang tu dalam keadaan terbalik. paham dak? haha

bukan dengan kawan-kawan je aku macam ni. dalam family pun same. omegosh buruknye perangai aku. ini diri aku. aku cuma nak jadi diri aku. tapi aku selalu abaikan perassaan orang lain. bak kata orang, x sensitif atau x peka perasaan orang.

jadi, kepada kawan-kawan rakan taulan semua, even binatang yang pernah terkena bisanya mulut juleko, dengan ini aku nak mintak maaf kepada anda semua. harap dapat maafkan lah untuk kesejahteraan kita bersama, ye dak?

pendekatan yang aku amek untuk jauhkan diri daripada orang ialah dengan berkurung dalam bilik mengadap laptop sahaja. aku jarang nak bercakap dah. mungkin orang x rase aku semakin diam. sebab aku kalau dah bukak mulut peluru tabur lah jawabnye. tapi hakikatnye, aku lebih tahu diri aku. aku semakin kurang dan kurang bercakap. harap xde dah yang berkecil hati. harap sangat.

tapi kalau mengadap laptop lama-lama sangat bil letrik naik. acaner?

ending seperti biasa adalah cegampang. opss termencarut.

okbai.























p/s: kalau xde orang nak kawan dengan aku pun aku x kesah. sebab aku ade boipreng yang best. ko hado?
matiklah perasan. muahahahahahaha