ME AMOR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

13 February 2011

PERINGATAN UNTUK ZULAIKHA

zulaikha,
jangan zulaikha bercinta kalau hati x sedia.
jangan zulaikha bercinta kalau hati x rela.
jangan zulaikha bercinta kerna nafsu semata.
jangan zulaikha bercinta kerna rupa
jangan zulaikha bercinta kerna harta
jangan zulaikha bercinta kerna mengisi kekosongan

cinta itu bukan benda
cinta itu adalah naluri
naluri yang ingin dikasihi
naluri yang ingin mengasihi

cinta itu cinta suci
cinta itu ke hadrat ilahi
cinta itu cinta mati.

:zulaikhamz:






dalam kehidupan seharian, kita kena consider tentang orang sekeliling kita. tentang perasaan hati seorang sahabat, kawan mahupun lawan. mungkin pada awal sem, dia kita anggap kawan kita. kemudian pada pertengahan sem, dia seakan lupa pada kita. oh, x apa. mungkin dia ada teman baru. kita cari lagi orang yang sudi berkawan dengan kita. mungkin kita rasa dia yang baru nie, kawan dunia akhirat kita. kita mungkin silap. kerna apa? kerna pada masa itu kita lah teman suka duka dia. bila ada sang jejaka mengetuk pintu hatinya, kita dibuang x ubah  macam sampah. ye, sampah. sampah yang kotor yang bisa mengotorkan tangan jika tersentuh atau mungkin perlu dibilas dengan air selama tujuh hari tujuh malam. sebelumnya, kemana sahaja kita pergi mesti ada dia. tapi, sejak dia mengenal erti cinta, segalanya berubah. perkataan "nak ikut" atau "jom pergi sama-sama" seakan2 lupus. atau mungkin tepat, lenyap sama sekali diganti dengan "x apalah, pergi dulu". 

kemana hilang rasa cinta terhadap sahabat dunia akhirat tadi? sahabat yang sanggup bersusah payah untuk keselesaan dia,kebahagiaan dia. biar diri diherdik dihadapan teman seperjuangan, biar diri di layan x ubah seperti boneka mainan. sahabat sejati tetap di sisi. biar diri hanya di panggil untuk membantu ketika susah, biar diri dilayan x ubah kucing kurap, tetap sahabat sejati setia di sisi. 

sedarlah kawan, sedarlah lawan. siapa pun kita, di mana pun kita, dengan siapa pun kita bercinta, JANGAN SESEKALI KITA LUPAKAN KAWAN YANG TELAH BANYAK MEMBANTU KITA.




nota ringkas untuk sahabat yang ku rasa semakin jauh : kawan, sesungguhnya aku menganggap kau sahabat baik ku. x pernah terlintas untuk berkata jahat padamu. sesungguhnya aku mengharap kita seperti dulu. berbual mesra, keluar bersama biarpun hanya ke mydin dengan menaiki van rm3. kawan, dengan siapapun kau bersama/bercinta sekarang ni, sungguh aku x kesah. aku mahu kita duduk satu meja. aku mahu kita berbual bersama. aku sudah lupakan segala apa yang remeh temeh yang mungkin aku berkecil hati atas kebodohan ku sendiri. kawan, aku harap kau sudi memaafkan aku. mungkin kau membaca tulisan ku yang menghiris hati, aku minta maaf. aku harap kita bersama seperti dahulu :')


love, zulaikha.