ME AMOR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

21 January 2012

tadaaaaaaaa

taaaadddaaaaaaa
dah putih balik.
hahahahahahahahahahhaha
ampun. saya memang cepat boring.
hak hak hak

16 January 2012

olaaa~

berdarah tak mata tengok header ittewwww? hak hak hak

buat sementara waktu je blog ni kaler kelabu taik anjing ni. satgi aku dah boring habis semua jadi putih balik. tengok la nanti. harus tak lama ni.

percayalah -_-

14 January 2012

hati ini bukan milikku lagi~

hati ini bukan milikku lagi,
seribu tahun pun akan ku nantikan kamu,
sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku,
terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu.

sounds familiar?
u are rite. lagu yunalis tu. pestime dengar terus jatuh cinta. muziknya, liriknya, semua sedap didengar. just nice bak kata oramputeh. aku asyik repeat dengar lagu ni. dah hafal sikit-sikit liriknya. haha. buku xmau hafal, lagu cepat je.

sedikit sebanyak, lagu ni menggambarkan diri aku. auwww. rasa geli dengan diri sendiri kadang-kadang. hak hak hak. rasa nak tidur pun ade sebab background muziknya sangat la soft. sesuai dengan aku yang jiwanya tengah kucar-kacir ni. eh, tak nak dah hidup kucar-kacir. tobat dah. :)

nak tepek jugak lagu tu kat sini. senang kerja aku nanti. tak payah bukak yutiup dah. 


ok. babai. nak sahut seruan ilahi jap :)

kawan terbaik ;)





kau kawan terbaik yang aku ada. kau kawan susah senang aku. kau kawan suka duka aku. bila mana aku sedih, kecewa, kau ada untuk aku. kau sudi luangkan masa kau untuk aku. kau kawan terbaik yang aku ada. bila mana masalah x dapat aku selesaikan, kau ada di sisi aku. kita jauh. beratus kilometer. aku di sini, kau di sana. tetap kau kawan terbaik yang aku ada.

kawan, terima kasih sudi luangkan telinga, mata, hati, segalanya milik kau di saat aku kesusahan. di saat aku ditimpa masalah dan dugaan yang maha hebat. disaat aku terduduk dengan masalah yang aku hadapi, kau sudi menyapa aku lagi. kau sudi mendengar bicara aku, kau sudi meringankan beban aku. sesungguhnya, kau kawan sejati aku. walau kita sudah lama tidak bersua muka. walau kita sudah lama tidak jumpa.

kawan, sungguh aku malu dengan diri aku sendiri. sungguh aku malu nak berhadapan dengan kau. sungguh aku tak tahu apa penerimaan kau. saat itu, saat air mata menyembah bumi, kau ada untuk dengar segala masalah aku. biar sekadar di facebook. aku tetap rasa seperti kau ada. 

terima kasih ya Allah kerana seorang kawan yang sangat baik terhadap aku. yang mengambil berat terhadap aku di saat aku diuji olehMu. terima kasih ya Allah mengurniakan aku seorang sahabat yang sentiasa menyokong aku, membantu aku dengan kata semangatnya ya Allah.

ya Allah, kau peliharalah kawanku ya Allah, kau peliharalah akidahnya supaya dia menjadi  seorang wanita yang solehah ya Allah. semoga dia menjadi anak yang akan mengharumkan nama keluarganya dengan kejayaannya ya Allah. ya Allah, kau jauhkanlah dia dari manusia yang bertopengkan syaitan ya Allah tuhan sekalian alam.

kawanku, terima kasih sebab ada untuk aku disaat aku jatuh. terima kasih jadi penguatku di saat aku mulai lemah. kawanku, sesungguhnya kau lah kawan terbaik yang aku ada. tak mungkin dapat dicari ganti. terima kasih untuk semua yang telah kau berikan kepada aku. semoga tuhan membalas segala jasa baik mu ke atas ku. amin.



saat aku mulai bangkit, rumah sewa, 12.33a.m.

11 January 2012

Day 04- A habit that you wish you didn’t have

banyak sebenarnye habit yang aku harap aku xde. eh betul ke translation nya tu? kadang-kadang tu kita x perasan benda yang kita buat tu sebenarnya dah jadi habit kita. sebagai contoh la eh korek hidung calit merata. jangan cakap orang lain x pernah buat eh. kalau x, kenapa aku jumpa taik hidung calit kat dinding kan? lagi-lagi kat tandas asrama x pun tandas awam. meriah u olllsss kesan calitan. hak hak hak. (ambik baldi sila muntah).

kalau diri aku sendiri, aku ni jenis pemalas nak sikat rambut. sikat rambut means guna sikat bebetul lah yek. aku just guna jari je. almaklomlah rambot mek nie special kes sikit. i is very sensitif kalau main dengan kepala nie. tertarik sikit pun sakit ya hamat. sebab tu la i is jarang sikat rambut. nak-nak part nak leraikan rambut yang kusut. kalau tarik ngan sikat harus aku menjerit. nie selalu kalau p salon la. cibais sangat manusia tu buat kerja. ikut dan jer. tapi nak maki x berani. hua hua hua.

lagi habit buruk yang aku ade ialah suka campak tudung merata. hew hew hew. pemalas sangat nak sangkut. kadang-kadang tu sampai cari x jumpa. nie selalu berlaku kat rumah la. aku dah biasa campak atas meja talipon tu kadang-kadang mak amek simpan tempat lain. bila aku nak guna dah satu hal terpekik terlolong cari tudung x jumpa. kesian mak dapat anak durhaka suka jerit-jerit. mintak maaf mak. hew hew hew. aku nak senang aku je tapi dalam masa yang sama aku dah menyemakkan pandangan mata orang lain dengan barang aku yang bersepah. oh, pengotornya saya
-_-"

boros. yang ni paling teruk sekali. aku x reti manage duit. aku sebenarnya x kisah bila berbelanja. duit habis pun ke arah makanan je. x de la aku pegi beli baju ke ape kan. yang tu lain peruntukannye. haha. nampak makanan ni aku nak, makanan  yang tu pun aku nak. kiranya pantang nampak makanan lah kan. hey aku bukan beli untuk kekenyangan perot aku sorang hokey. aku ade la beli extra jugak. kang kesian pulak tengok orang lain tengok kita makan kan. bab makan memang aku x kedekut duit. padahnya sem x habis lagi ptptn dah habis dulu. haaa camno nak buek tu? terpaksa la ptptmak pulak kan. hew hew hew

kalau x suka bercakap dengan orang ni dikira habit jugak ke ha? aku ye kan je la eh. nak bagi cukup point untuk karangan 5 perenggan aku ni. haha. aku selalu bagi respon yang amat bodoh bila orang bercakap ngan aku. sory lah geng, gua x sengaja ar. boleh gitu? kalau dengan orang x kenal lagi la. muka aku ni automatik jadi ketat. kadang-kadang sambil tunggu encik boipren amek dekat busten tu, ade la makcik-makcik ke pakcik teksi ke duk offer aku naik teksi. gua bagi muka taik sikit terus diorang berenti cakap. kuang kuang kuang. eh, sila jangan percaya hokey. muka aku ni auto akan bekerut kat dahi kalau berdepan dengan orang yang aku x kenal atau x familiar. i am sorry ;p

rasa macam dah banyak sangat beleber bak kata orang ganu. almaklomla, kita doh jadi orang tranung skang nie. makang ikang sokmo. ok, tu tipu. haha. meluat yek baca panjang-panjang ni? peduli hapa aku. blog aku. hua hua hua. nie untuk tatapan my future dotter and son. ecewahhhhhhhh geletis u ollllsssss.

sekian, terima kaseyyyyyyyyy~

10 January 2012

ini perbuatan kejam. aku dizalimi ~

tajuk nak curlass je kan. hahahahaha
ini ini ini tengok ni........


omg omg housemate semua dah senget. hahahahaha
kesian saya. tsskkkkk
tapi kenapa bertunang? kenapa bukan nikah ke kawen ke? matik lah gatal x sudah. hik hik hik hok
abaikan komen pertama. kakak memang macam tu. (tskk srootttt sedut hingus kerana terlampau sedih.)






ok tata~

09 January 2012

Day 03- A picture of you and your friends

a picture of me and friends.
x banyak gambar aku dengan kawan-kawan. sebab selalunye aku yang jadi tukang amek gambo.. ppfftt
akan ku cuba cari gambo itewww..
makan 1 hari jugak aku cari gambo nie rupenye..

gambar dekat tasik kenyir.
kecil molek lagi aku mase tu. kecil molek? buta ke u ollssss. hahahahahahahaha.
maksud aku time ni aku "kecik" sikit la dari sekarang. baju tu dah x muat kat lengan. sobs sobs sobs
betul-betul membesar bagai johan.
ok la. tu je nak merepek. kalau aku rajin kang, aku up la gambar2 dekat tasik kenyir, kat ILPKT, macam-macam lagi la. tu pun KALAU aku rajin la kan. hak hak :p

eh kejap, nerd pulak muka sorang-sorang kat dalam gambo tu kan. yang bawah tongkat dagu. yang cantik tunjuk "peace". eh? jangan marah haaaaa. hew hew hew

terima kaseyyyyyyy
okbai~

Day 02- The meaning behind your Blog name

meaning behind your blog name eh. rasenye macam dah penah cerita je dulu. tapi x pe aku cerita balik. al maklumla...orang rajin memang macam nie..ahaks

nama juleko tu aku dapat dari lecturer indon yang mengajar aku mase sem 1 dulu. dia x reti pronounce ke ape ke tu aku x tau. terang-terang nama aku ZULAIKHA tapi dia tetap panggil juleko. terbelit lidah gamaknye. so, dari situ la aku dapat nama cik siti juleko tu.

lecturer ni baik hati. dia boleh bagi full set soalan final kat kitorang before final exam. aku sebagai orang yang paling gembira, dengan itu aku pun hafal la segala jawapan untuk soalan tu. makanya, dapat la A. tapi, ade jugak yang x percaya dengan soalan tu. hak hak hak.

aku biasa la. makan suap punya budak. bila dapat makanan best, aku hadap sampai nak termuntah. hihi. hasilnya agak memberansangkan la jugak. tapi tu masa sem 1. sekarang dah sem 3. tengah final pun. tapi satu hape pon aku x tahu nie. orang sibuk study,aku sibuk update blog. huish.

banyak pulak melalut. hihi. ok tu je la ceritanya. siti juleko asalnya dari mr. sontang lecturer fizik asas semester 1 2010/2011. cuma aku tambah 'cik' je la kat depan tu. baru la glams uollllllll. ahaks. dan nama blog tu xda apa makna pun. hew hew

sekian, terima kaseyyyyyyyy(again alleycat version)

08 January 2012

air mata~

air mata tumpah lagi.
untuk ke sekian kali.
kalau ditadah, sudah bergelen gamaknya.
aku x mampu nak tahan.
aku x dapat nak luahkan.
tiada tempat mengadu.

beratnya dugaan aku kalau di'convert' kepada emas, sudah tentu kaya.
beratnya dugaan aku kalau di'convert' kepada sampah, sudah tentu menggunung.
beratnya dugaan aku.
tidak tertanggung, tak punya kuasa menanggung.
beratnya dugaan aku.

air mata tumpah lagi.
untuk ke sekian kali.


rumah sewa, 10.10p.m






























ya tuhan, aku mohon ampun kepadamu.

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

bismillah.
meh kita mulakan dengan tugasan pertama. ecewah geli puloks. haha

yours truly. kah kah kah
15 interesting facts about my self:

  1. aku suka tengok orang lepas tu gelakkan. ini keji sila jangan ikut. hahaha
  2. aku seorang yang sangat setia. x percaya tengok atas tu. da brape lame x berganti boipren. matik lah pengakuan cenggini. hahahaha
  3. aku seorang wanita gemok yang comel. boleh gitu?
  4. percaya atau x, aku x mampu nak habiskan 1 set mekdonel tu. kalau makan burger, fries aku tinggal dan sebaliknya.
  5. aku luaran je nampak macam rock star tapi kadang-kadang cengeng jugak. hihihi
  6. suara aku macam petir. bangse x reti nak cakap slow-slow. 
  7. aku anak manja tapi x suka tunjuk kemanjaan aku tu. hew hew hew
  8. aku tersangat hepy-go-lucky punya orang.
  9. aku x suka fikir tentang masalah. sebab masalah aku hilang 3 kilo. rugi tuuuuuu..hahahahaha
  10. aku adalah overweight atau lebih tepat ke arah obesiti. cis !
  11. aku punya azam mahu kurus. hew hew hew. target 60kg dulu :p
  12. ergh x tau dah ape yang interesting dalam hidup aku. boleh diterima lah kot point ni. kah kah kah. 
  13. aku boleh hadap laptop 24jam dan aku akan sengih sorang2 kalau aku baca bende yang best-best.
  14. aku kurang bersosial. sila percaya *sambil tertunduk malu*. aku jugak x reti nak mulakan perbualan. 
  15. aku menantu pilihan. ok yang ni sila gelak beramai-ramai. hahahahahahaha (aku berharap ni)
  16. last but not least, impian aku nak jadi suri hidup MOHAMAD ZULKHAIRI HARUN. *aww maluww*

eh terlebih sampai 16 pulak. boleh tahan interesting hidup aku nie. *peace*
x sabar nak tunggu esok. nak buat yang ke-2 pulak. hiks.
okbai. kalau rase nak lempang aku, sila lempang skrin laptopmasing-masing. kalau x cukup, sila pijak keyboard. terima kaseyyyyyyyyy-alleycat version.



nak siapkan bende nie. muehehehe

tajuk agak menggelikan. haha
aku nak buat 30 days challenge.
mari kita tengok berjaya atau tidak.

ni aku kopipes jer. esok baru nak mule. hihi


30 days challenge.



  • Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
  • Day 02- The meaning behind your Blog name
  • Day 03- A picture of you and your friends
  • Day 04- A habit that you wish you didn’t have
  • Day 05- A picture of somewhere you’ve been to
  • Day 06- Favorite super hero and why
  • Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you
  • Day 08- Short term goals for this month and why
  • Day 09- Something you’re proud of in the past few days
  • Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
  • Day 11- Another picture of you and your friends
  • Day 12- How you found out about Blogger and why you made one
  • Day 13- A letter to someone who has hurt you recently
  • Day 14- A picture of you and your family
  • Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
  • Day 16- Another picture of yourself
  • Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why
  • Day 18- Plans/dreams/goals you have
  • Day 19- Nicknames you have; why do you have them
  • Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future
  • Day 21- A picture of something that makes you happy
  • Day 22- What makes you different from everyone else
  • Day 23- Something you crave for a lot
  • Day 24- A letter to your parents
  • Day 25- What I would find in your bag
  • Day 26- What you think about your friends
  • Day 27- Why are you doing this 30 day challenge
  • Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?
  • Day 29- In this past month, what have you learned
  • Day 30- Your favorite song.

teringin nak buat sebab tengok orang lain buat. boleh gitu?
ni sebab xde idea nak menulis tapi nak update jugak. hew hew hew
okbai

07 January 2012

mulut bisa

pernah dengar penyakit mulut bisa?
inginkan penyelesaian?
ON MULBIS dan hantarkan ke 32999.
#ok not funny


aku ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang bermulut bisa. ke aku je rase?
aku cakap macam tu pon bersebab. antaranya ialah :

  • aku x ramai kawan #forever alone
  • dah berape ramai manusia sentap dengan aku.
  • dah brape ramai manusia xnak bercakap dengan aku.
  • dalam bilik dari 3 orang tiba-tiba jadi 2 orang. #peace rumate :D#
  • bla bla bla dan banyak lagi lah sebabnye pun.

buat pengetahuan sumorang, aku ni jenis bangse mulut xde penapis. insurans langsung la xdak. ape bende aku x puas hati aku cakap jer. aku x suka cakap belakang. tapi banyak jugak aku cakap belakang. acane tu?

aku x suka simpan ketidakpuasan hatiku itu. cegampang pulak ayat ini. dan aku juga suka mencaruts. fine bukan la suka tapi dah terbiasa. kalau oink oink tu memang x lekang dari mulut. acane nak kawen nie? #motip?

kadang-kadang terfikir jugak la betapa jahatnye mulut aku nie. cakap memang bangse x pedulik perasaan orang dah. main tala je. kadang-kadang jugak aku suka menegakkan benang yang basah. ramai dah fakap dengan aku nie. muahahaha. ce pikir kan boleh tegakkan benang yang basah tapi dengan cara pegang benang tu dalam keadaan terbalik. paham dak? haha

bukan dengan kawan-kawan je aku macam ni. dalam family pun same. omegosh buruknye perangai aku. ini diri aku. aku cuma nak jadi diri aku. tapi aku selalu abaikan perassaan orang lain. bak kata orang, x sensitif atau x peka perasaan orang.

jadi, kepada kawan-kawan rakan taulan semua, even binatang yang pernah terkena bisanya mulut juleko, dengan ini aku nak mintak maaf kepada anda semua. harap dapat maafkan lah untuk kesejahteraan kita bersama, ye dak?

pendekatan yang aku amek untuk jauhkan diri daripada orang ialah dengan berkurung dalam bilik mengadap laptop sahaja. aku jarang nak bercakap dah. mungkin orang x rase aku semakin diam. sebab aku kalau dah bukak mulut peluru tabur lah jawabnye. tapi hakikatnye, aku lebih tahu diri aku. aku semakin kurang dan kurang bercakap. harap xde dah yang berkecil hati. harap sangat.

tapi kalau mengadap laptop lama-lama sangat bil letrik naik. acaner?

ending seperti biasa adalah cegampang. opss termencarut.

okbai.























p/s: kalau xde orang nak kawan dengan aku pun aku x kesah. sebab aku ade boipreng yang best. ko hado?
matiklah perasan. muahahahahahaha

05 January 2012

04 January 2012

apa yang aku nak dari hidup ni.

persoalan yang selalu bermain dalam minda kepala hotak aku nie. "APE YANG AKU NAK DARI HIDUP AKU NI?"

aku pun x tau ape yang aku nak dari hidup aku nie. aku selalu membayangkan yang best-best jer. mestilah kan x kan pulak nak bayang yang horror-horror pulak. tapi pernah ke aku kecapi ape yang aku bayangkan tu? pernah ke? bahagia ke aku selama nie dengan kehidupan aku nie?

kadang-kadang aku pun x mampu nak jawab persoalan tu. persoalan bahagiakah aku? eceh baru nak buat ayat poyo dah terasa geli di ketiak. kikiki. aku rasa aku dah bahagia. cukup bahagia.cukup makan pakai semua. cukup la segalanya. kasih sayang abah je x cukup. sampai 15 tahun je sempat aku rase. wuwuwu. tapi x pe, mak ade. mak lah mak aku, mak lah abah aku. rindu kat mak.

sekarang dah 4 hari berlalunya 2012. sedar x sedar dah 21 umur aku tahun nie. dah boleh sangat kalau nak mendirikan rumah tangga. :p (okey sila geli bace statement ittew). sape x nak kawen bodo la oi. kikiki

aku nak kawen and aku adalah x sabar sangat nak kawen :p (lagi sekali sila geli baca ayat aku). biasala tu orang dah masuk umur 20-an memang galak lebih sikit. ke aku je yang galak macam nie? eh x okay. aku baca kat fesbuk lagi la ramai yang gatai-gatai. ciss x malu. kat blog x pe nak mengaku cenggini. blog aku suka hati aku lah kan :p

banyak sangat merepek. tadi rasa nak cerita ape yang aku nak dari hidup ni kan. okay meh aku nak list down kan ape yang aku nak dari hidup aku ni:

  1. aku nak kawen. kalau lagi cepat lagi seronok. statement gatai dari aku.
  2. aku nak bahagia di samping encik kekasih. bila nak jadi kekasih halal ni?
  3. aku nak jadi anak yang baik kepada mak aku. tapi...............
  4. aku nakjadi bijak pandai. tapiiiii aku ni malas berusaha. hmmm
  5. aku nak jadi kawan yang baik. ni nanti kena tanya member baik dak aku.hahaha
  6. aku nak jadi girlpren yang baik, yang solehah di mata kekasih. kiki. solehah ke masalahnye nie :p
  7. aku nak kawen.
  8. aku nak kawen
  9. aku nak kawen
  10. aku nak kawen
amacam? best dak impian aku?hahahahahaha karut-karut. sila geleng kepala laju-laju tanda setuju.
tolong la wey berdoa bagi jodoh aku sampai cepat-cepat sikit. parah sangat dah aku nie.hew hew hew. doa tau tau tau. sayang sape yang tolong doakan tu. hew hew hew. okay nie serius mintak lempang nie budak gemok nie.

akhir kata dari saya, majulah sukan untuk negara. sapa yang baca jangan marah haaaaa. biasa la musim exam nie. terencat akai sikit. hi hi hi

















p/s: jangan percaya sangat ape aku cakap tu. kah kah kah. tapi kalau nak tolong doa pun buleh. :)

02 January 2012

aku x minat aku x minat

da sampai terengganu.
aku x minat.
aku x minat.
esok exam.
semoga berjaya kepada diri sendiri.

01 January 2012

housemate saya ting tong ;p

merujuk kepada perkara di atas..
gas rosak pun bagi taw titew. tawu la titew mcm mak org T_T

yang sorang x habis2 dengan paku >_<

ting tong kan diorang..keh keh keh
aku pon layan same ketingtongan itteewww..hik hik
jangan ler buat perangai gini hari hari. pening kepale nak bace..
sekali sekala x pe. hiburkan hati nak exam nie..hehe
kehadapan housemate,
semoga sukses selalu dan berjaya dalam final exam kita nie. 
maaf kan kesalahan kittew. hew hew hew
yang benar,
zulaikha  md zain
(perempuan montel yang cantik hew hew )