ME AMOR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

17 August 2011

seperti aku~

aku panas baran.
jangan jauhi aku.

aku sombong.
jangan kecil hati dengan aku.

aku pemalu.
itu lebih tepat dari kata sombong.

aku pemurah.
ya, mungkin, kadang-kadang.

aku baik hati.
itu lebih kepada persoalan.

aku kaya.
ah, entah bila.

aku miskin.
tidak juga.

aku anak peneroka.
duduk goyang kaki sahaja.

aku tidak mesra.
mungkin.

aku dan pandangan sinis.
seperti kata aku tidak mesra.

aku mulut bisa.
nasib siapa terkena.

aku pembodek.
salleh, bodek tu apa?

aku pendiam.
jangan  cuba uji halaju tuturku.

aku, aku, aku.
ya, seperti aku.

aku bumi aku.
kau bulan kau.

aku, kau
ternyata berbeda.

diam.
biar tangan berbicara.

tidak,
biar jari berkata-kata.

aku, aku, aku.
ya, seperti aku.

aku, aku, aku.
YA, SEPERTI AKU.