ME AMOR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

31 December 2011

babai 2011

nak hello 2012 tapi belom sampai lagi. ade baper jam lagi tah. x kuase aku nak kire. hik hik.
sepanjang 2011 nie aku rase xde satu pun yang berfaedah yang aku buat. dosa pun banyak. haih la ape nak jadi la nie. x tercapai akal nie betapa teruk nye aku sepanjang 2011. orang tengok mungkin biasa. xkan pulak aku nak cerita semua bende ye dak? tapi tu lah hakikatnye.

kalau bab belajar lagi la. hancur harapan mak aku nie kalau dia tau nie..mati la aku..aiyooooo..maaf mak..masih ade 2 hari lagi sebelum final..tapi aku sedap melepak kat rumah. pakai baju kelawar doplohpat jam. orang sebelah rumah pun x tau aku ade balik. siap cakap x dengar suare pun. apasal makin hitam la ape lah..banyak komen pulak..cepuk kang. eh?

kalau ikut sejarah, ceyyy ikut sejarah konon..padahal aku lah manusia bebal sejarah..kikiki..ok ok, kalau ikut sejarah, tahun 2011 nie merupakan zaman kegelapan aku..ceeyyyy macam profesor x aku cakap cenggini...ahak ahak..puiiiiiiii !

sudahlah juleko. sedar diri sikit. awak tu belajar sebab ape? x kan la nak hancurkan hati mak awak. cukuplah dengan ape yang awak buat  selama nie. kalau mak awak tau, tekangkang die pengsan tauuuuu..
-monolog aku sendirian-



jadi, sempena tahun 2012 yang nak datang nie, aku nak berhenti terus dari melakukan kejahatan. terasa hitam dah hati nie. aku nak banyak dekatkan diri dengan pencipta aku. cukup seminggu yang perit nie aku lalui dan aku rasa aku berjaya muhasabah diri aku. aku x nak lagi jadi aku yang dulu. aku nak tinggalkan daki-daki hidup aku bersama 2011 yang akan pergi nie. aku harap 2012 ni akan menjadikan aku manusia yang berguna. manusia yang reti menghargai. manusia yang kurang melakukan dosa. semoga allah mengampuni khilaf-khilafku, dosa besarku, dosa kecilku. semoga allah buka pintu hatiku untuk taat kepadaNya. amin ya rabb.