ME AMOR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

05 October 2010

PERUBAHAN

       merujuk kepada perkara di atas. saya SITI ZULAIKHA MD ZAIN telah mengalami perubahan warna dari coklat muda ke coklat tua ye puan puan.....
   
      perubahan warna ini juga telah menyebabkan saya mengalami perubahan mood. dek kerana perubahan ini juga lah ye puan puan, saya telah berhenti untuk make-up buat seketika sahaja. 

      al kisah bermula pada sabtu lepas bersamaan 2 oktober 2010. pada ketika jam menunjukkan pukul 10a.m.

      pada ketika ini matahari sudah semakin tidak malu untuk bersembunyi di sebalik awan yang montel montel dan gebu gebu.

      diketika terik matahari memancarkan sinarnya, kusangkakan diri ku PUTIH umpama salju yang begitu enak dipandang mata, ku biarkan terik matahari menggigit kecil kecil warna coklat muda dan meninggalkan kesan coklat tua ke atas diri ku yang sedikit montel ini.

      masa berjalan detik demi detik dan aku masih di situ menunggu seperti orang dungu. di tepi kolam yang agak kehijauan pekat dan likat, aku bersidai seperti minah minah saleh terbaring di bawah terik matahari dengan hanya memakai coli dan seluar kecil.

      bezanya aku, aku memakai baju lengkap tutup litup. ku halakan pandangan ku tepat ke arah matahari yang semakin galak memancarkan sinar yang bisa membuatkan aku rebah  pada bila bila masa sahaja.
sang matahari semakin marah dan semakin berani menginjak ke kepala ku.

      coklat tua berubah menjadi semakin tua.





p/s : macam mane nak hilangkan burn ni ?