ME AMOR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

25 November 2010

kawan.

Kawan.

Mereka umpama magnet.

Punya dua kutub yang berbeza.

Kutub utara juga kutub selatan.

Apabila dua kutub yang sama bertemu, mereka berpisah.

Tapi sebaliknya berlaku apabila dua kutub berlainan bertemu.

Melekat.

Ya, melekat. Sehingga terkadang sukar untuk dipisahkan.

Kata orang, mencari pasangan biarlah setentang dengan kita.

Kerana yang setentang itulah yang saling melengkapi.

Bagi aku, konsep yang sama boleh diguna pakai dalam berkawan.

Kita x mahu kehidupan yang sangat DULL bukan?

Sebab itu kita perlu mencari yang sebaliknya.

Pasti seronok jika bertikam lidah manja-manja dengan kawan bukan?

Atau anda seronok jika sering sama.

“ah! kau ada, aku pun ada. Kita kan sama”

Pasti bosan bukan?

“woi tengok nie, aku ade transformer.”

“ah! Aku ade sailormoon x heran sikit pun”

Prroott prreeett prrroott prrreettt

Pasti cool bukan?

Kawan banyak definisi.

Bagi aku, kawan itu friends.

Ok, itu adalah lebih kepada translasi bahasa.

Aku lebih memilih untuk menyendiri semenjak akhir-akhir ini.

Bukan aku sudah x mempercayai kawan.

Bukan aku sudah melupai erti berkawan.

Aku hanyalah aku yang sudah mula penat untuk berkawan.

Sejujurnya aku ialah seorang ZULAIKHA yang mementingkan persahabatan.

Aku hanyalah seorang ZULAIKHA yang inginkan persahabatan yang erat.

Salahkah seorang ZULAIKHA mahu berkawan?

Mereka disekeliling seolah-olah tidak memperdulikan hati seorang ZULAIKHA.

Atau mungkinkah seorang ZULAIKHA hanya berprasangka?

Entahlah..

ZULAIKHA hanyalah seorang gadis UNPREDICTABLE yang hanya mahukan kawan sampai 
mati fullstop