ME AMOR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

11 January 2012

Day 04- A habit that you wish you didn’t have

banyak sebenarnye habit yang aku harap aku xde. eh betul ke translation nya tu? kadang-kadang tu kita x perasan benda yang kita buat tu sebenarnya dah jadi habit kita. sebagai contoh la eh korek hidung calit merata. jangan cakap orang lain x pernah buat eh. kalau x, kenapa aku jumpa taik hidung calit kat dinding kan? lagi-lagi kat tandas asrama x pun tandas awam. meriah u olllsss kesan calitan. hak hak hak. (ambik baldi sila muntah).

kalau diri aku sendiri, aku ni jenis pemalas nak sikat rambut. sikat rambut means guna sikat bebetul lah yek. aku just guna jari je. almaklomlah rambot mek nie special kes sikit. i is very sensitif kalau main dengan kepala nie. tertarik sikit pun sakit ya hamat. sebab tu la i is jarang sikat rambut. nak-nak part nak leraikan rambut yang kusut. kalau tarik ngan sikat harus aku menjerit. nie selalu kalau p salon la. cibais sangat manusia tu buat kerja. ikut dan jer. tapi nak maki x berani. hua hua hua.

lagi habit buruk yang aku ade ialah suka campak tudung merata. hew hew hew. pemalas sangat nak sangkut. kadang-kadang tu sampai cari x jumpa. nie selalu berlaku kat rumah la. aku dah biasa campak atas meja talipon tu kadang-kadang mak amek simpan tempat lain. bila aku nak guna dah satu hal terpekik terlolong cari tudung x jumpa. kesian mak dapat anak durhaka suka jerit-jerit. mintak maaf mak. hew hew hew. aku nak senang aku je tapi dalam masa yang sama aku dah menyemakkan pandangan mata orang lain dengan barang aku yang bersepah. oh, pengotornya saya
-_-"

boros. yang ni paling teruk sekali. aku x reti manage duit. aku sebenarnya x kisah bila berbelanja. duit habis pun ke arah makanan je. x de la aku pegi beli baju ke ape kan. yang tu lain peruntukannye. haha. nampak makanan ni aku nak, makanan  yang tu pun aku nak. kiranya pantang nampak makanan lah kan. hey aku bukan beli untuk kekenyangan perot aku sorang hokey. aku ade la beli extra jugak. kang kesian pulak tengok orang lain tengok kita makan kan. bab makan memang aku x kedekut duit. padahnya sem x habis lagi ptptn dah habis dulu. haaa camno nak buek tu? terpaksa la ptptmak pulak kan. hew hew hew

kalau x suka bercakap dengan orang ni dikira habit jugak ke ha? aku ye kan je la eh. nak bagi cukup point untuk karangan 5 perenggan aku ni. haha. aku selalu bagi respon yang amat bodoh bila orang bercakap ngan aku. sory lah geng, gua x sengaja ar. boleh gitu? kalau dengan orang x kenal lagi la. muka aku ni automatik jadi ketat. kadang-kadang sambil tunggu encik boipren amek dekat busten tu, ade la makcik-makcik ke pakcik teksi ke duk offer aku naik teksi. gua bagi muka taik sikit terus diorang berenti cakap. kuang kuang kuang. eh, sila jangan percaya hokey. muka aku ni auto akan bekerut kat dahi kalau berdepan dengan orang yang aku x kenal atau x familiar. i am sorry ;p

rasa macam dah banyak sangat beleber bak kata orang ganu. almaklomla, kita doh jadi orang tranung skang nie. makang ikang sokmo. ok, tu tipu. haha. meluat yek baca panjang-panjang ni? peduli hapa aku. blog aku. hua hua hua. nie untuk tatapan my future dotter and son. ecewahhhhhhhh geletis u ollllsssss.

sekian, terima kaseyyyyyyyyy~