ME AMOR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

07 January 2012

mulut bisa

pernah dengar penyakit mulut bisa?
inginkan penyelesaian?
ON MULBIS dan hantarkan ke 32999.
#ok not funny


aku ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang bermulut bisa. ke aku je rase?
aku cakap macam tu pon bersebab. antaranya ialah :

  • aku x ramai kawan #forever alone
  • dah berape ramai manusia sentap dengan aku.
  • dah brape ramai manusia xnak bercakap dengan aku.
  • dalam bilik dari 3 orang tiba-tiba jadi 2 orang. #peace rumate :D#
  • bla bla bla dan banyak lagi lah sebabnye pun.

buat pengetahuan sumorang, aku ni jenis bangse mulut xde penapis. insurans langsung la xdak. ape bende aku x puas hati aku cakap jer. aku x suka cakap belakang. tapi banyak jugak aku cakap belakang. acane tu?

aku x suka simpan ketidakpuasan hatiku itu. cegampang pulak ayat ini. dan aku juga suka mencaruts. fine bukan la suka tapi dah terbiasa. kalau oink oink tu memang x lekang dari mulut. acane nak kawen nie? #motip?

kadang-kadang terfikir jugak la betapa jahatnye mulut aku nie. cakap memang bangse x pedulik perasaan orang dah. main tala je. kadang-kadang jugak aku suka menegakkan benang yang basah. ramai dah fakap dengan aku nie. muahahaha. ce pikir kan boleh tegakkan benang yang basah tapi dengan cara pegang benang tu dalam keadaan terbalik. paham dak? haha

bukan dengan kawan-kawan je aku macam ni. dalam family pun same. omegosh buruknye perangai aku. ini diri aku. aku cuma nak jadi diri aku. tapi aku selalu abaikan perassaan orang lain. bak kata orang, x sensitif atau x peka perasaan orang.

jadi, kepada kawan-kawan rakan taulan semua, even binatang yang pernah terkena bisanya mulut juleko, dengan ini aku nak mintak maaf kepada anda semua. harap dapat maafkan lah untuk kesejahteraan kita bersama, ye dak?

pendekatan yang aku amek untuk jauhkan diri daripada orang ialah dengan berkurung dalam bilik mengadap laptop sahaja. aku jarang nak bercakap dah. mungkin orang x rase aku semakin diam. sebab aku kalau dah bukak mulut peluru tabur lah jawabnye. tapi hakikatnye, aku lebih tahu diri aku. aku semakin kurang dan kurang bercakap. harap xde dah yang berkecil hati. harap sangat.

tapi kalau mengadap laptop lama-lama sangat bil letrik naik. acaner?

ending seperti biasa adalah cegampang. opss termencarut.

okbai.























p/s: kalau xde orang nak kawan dengan aku pun aku x kesah. sebab aku ade boipreng yang best. ko hado?
matiklah perasan. muahahahahahaha